United sekadar seri dengan Everton 4-4


Everton menjaringkan dua gol pada tujuh minit terakhir untuk memberi keputusan 4-4 kepada Manchester United di Old Trafford malam ini.

Keputusan seri ini bermakna Manchester United tidak boleh tewas apabila bertemu Manchester City pada 30 April ini jika mereka ingin menjulang piala musim ini.

Selepas jaringan pertama untuk Everton oleh Jelavic, United mendapatkan gol melalui jaringan Wayne Rooney, Danny Welbeck dan Nani.

Tetapi Everton tidak mengaku kalah apabila Marouane Fellaini menjaringkan gol kedua untuk Everton.
Selepas Jelavic menjaringkan gol ketiga Everton, pasukan tuan rumah telah memberikan ruang yang luas yang telah membenarkan Steven Pienaar menjaringkan gol keempat dan juga gol penyamaan.

Walaupun Everton tidak pernah menang di Old Trafford sejak 20 tahun yang lalu, perlawanan ini sentiasa dilihat sebagai perlawanan kunci.

Dengan 10 mata dari 12, Everton memberi cabaran hebat kepada United dan kembalinya Pienaar semula memberikan semangat kepada Everton.

Dan pasukan Merseyside itu nampaknya telah membanggakan City dengan persembahan mereka yang menarik.

Pada perlawanan itu juga Wayne Rooney telah menjaringkan gol ke-179 dan ke-180 dalam kariernya bersama Manchester United dan hanya satu gol untuk menyamai jaringan gol Robin Van Persie yang kini penjaring terbanyak Liga.

1 comments:

Joe Lian said...

glory..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POSTS

POPULAR POSTS

Ping your blog, website, or RSS feed for Free