Kenali 5 ultrabook bajet


Di bawah ini ada 5 model ultrabook bajet yang disusun mengikut perbezaan harga dan cirinya.Namun, kesemua model terbaru tersebut turut dilengkapi beberapa ciri yang sama seperti pemproses (CPU) Intel Core i5-2467M 1.6GHz, memori (RAM) DDR3 4GB, Port USB 2.0 dan HDMI. Majoritinya turut disertakan cip Intel HD Graphics 3000.

1. HP FOLIO 13 (RM 2,999)
Berdasarkan spesifikasinya, model ini paling menepati definisi ultrabook oleh Intel kerana dilengkapi SSD yang tiada pada model bajet lain yang majoritinya dilengkapi storan hibrid (HDD + SSD). Biarpun kapasitinya kecil (128B) daripada HDD, namun SSD menyumbang kepada prestasi tinggi ultrabook ini dan menjimatkan kuasa baterinya. Malah baterinya (6 sel) dikatakan boleh tahan sehingga 9.6 jam. Selain menampilkan reka bentuk 'ada bisness', model yang terbaik ini turut dilengkapi port USB 3.0 dan LAN yang hilang pada model Acer Aspire S3.

2. SAMSUNG SERIES 5 ULTRA 14" ( RM 2,999 )
Model yang baharu dilancarkan ini agak tersasar daripada spesifikasi asal sebuah ultrabook. Ini boleh dibuktikan daripada segi saiz skrinnya (14 inci) dan penggunaan HDD. Biarpun saiz skrin boleh menambahkan berat, namun model ini memiliki kelebihan kerana dilengkapi pemacu optikal. Lebih menarik lagi, model ini dilengkapi grafik AMD Radeon HD7550M 1GB. Manakala model selebihnya menggunakan Intel HD Graphics 3000. Selain dilengkapi port USB 3.0, LAN dan VGA model ini boleh menyokong memori (RAM) hingga 6GB dan HDD hingga 1 TB.

3. LENOVO IDEAPAD U300 (RM 2,899)
Reka bentuk yang menarik merupakan kelebihan model ini. Namun, spesifikasinya hampir serupa dengan model bajet yang lain. Antaranya penggunaan storan hibrid (HDD 500GB + SSD 32GB). Ini menawarkan ruang storan lebih besar dan harganya lebih murah berbanding model HP Folio 13. Namun, kuasa baterinya boleh tahan kira-kira 6 jam. Penggunaan storan hibrid biasanya perlukan lebih kuasa untuk beroperasi berbanding SSD. Daripada segi sambungan, tentu lebih baik berbanding Acer Aspire S3 kerana ultrabook ini dilengkapi port USB 3.0 dan LAN.

4. SAMSUNG SERIES 5 ULTRA 13" (RM 2,699)
Mungkin disebabkan spesifikasinya lebih baik, model ini lebih mahal sedikit berbanding model Acer Aspire S3 yang muncul lebih awal. Model ini dilengkapi HDD 500GB dan Express Cache 16GB sebagai storannya. Selain itu, sambungan penting seperti port USB 3.0 dan LAN turut disertakan. Cuma model dengan skrin 13.3 inci ini tidak dilengkapi kad grafik khas dan pemacu optikal seperti melengkapi model dengan skrin 14 inci, tetapi lebih nipis dan ringan. Manakala bateri (4 sel) yang melengkapinya, dikatakan boleh bertahan sehingga 6 jam sahaja.

5. ACER ASPIRE S3 (RM 2,599)
Telah dinobatkan sebagai model ultrabook pertama yang muncul di pasaran. Jadi, tidak hairanlah jika model ini selalu dibandingkan dengan ultrabook lain yang muncul selepasnya. Buat masa ini, belum ada model yang boleh menandinginya daripada segi harga. Selain harga, spesifikasinya dikatakan yang terendah. Model pertamanya, hanya dilengkapi storan hibrid (HDD 320GB + SDD 20GB). Model serupa, kini dilengkapi HDD 500GB dan harganya tidak berubah. Cuma sambungan utama seperti USB 3.0, LAN  dan VGA tidak disertakan seperti ultrabook lain.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POSTS

POPULAR POSTS

Ping your blog, website, or RSS feed for Free