Man City menang tipis ke atas Man United 1 - 0


MANCHESTER CITY kini kembali di landasan tepat untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat kali pertama sejak 1968 selepas berjaya menewaskan juara bertahan, Manchester United 1-0 di Stadium Etihad, awal pagi tadi.

Jaringan tunggal menerusi tandukan kapten, Vincent Kompany pada masa kecederaan separuh masa pertama sudah cukup untuk membolehkan City merampas tangga teratas daripada United.

Kedua-dua pasukan kini dipisahkan dengan kelebihan perbezaan gol besar dimiliki City selepas terikat 83 mata dengan saingan hanya berbaki dua perlawanan.

Pengurus City, Roberto Mancini berkata: “Kami berhak untuk menang. Kami berjaya menjaringkan gol dan beraksi dengan baik. United langsung tidak memiliki peluang untuk menjaringkan gol.

Pengurus United, Alex Ferguson pula berkata: “City kini di kedudukan terbaik untuk bergelar juara. Ia belum berakhir buat kami tetapi kelebihan lapan gol merupakan jurang yang cukup besar ketika ini.”

Baki dua perlawanan City ialah bertemu pasukan di tangga kelima, Newcastle di tempat lawan, Ahad ini dan pasukan tangga ke-17, QPR di tempat sendiri, 13 Mei depan.

Manakala United bakal bertemu pasukan di tangga ke-12, Swansea, Ahad ini dan pasukan di tangga ke-11, Sunderland, 13 Mei depan.

Sumber : mynewshub.my

Saksikan video antara Man City vs Man Utd ( 1 - 0 ) :



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POSTS

POPULAR POSTS

Ping your blog, website, or RSS feed for Free