Barcelona tewas mengejut di tangan Chelsea ( agg 2-3 )


Chelsea telah menunjukkan prestasi antara yang terbaik dalam kemenangan ke atas pasukan yang termasyur Eropah dengan agregat 3-2.

Pada malam yang penuh dengan drama malam itu di Nou Camp, John Terry hampir-hampir memusnahkan harapan pasukan Blues apabila dibuang padang setelah mengasari Alexis Sanchez dari belakang.

Walaubagaimanapun 10 pemain yang tinggal itu telah berjuang dengan baik daripada jaringan Sergio Busquets dan Andres Iniesta setelah tendangan cip dari Ramires sebelum masa rehat.

Chelsea telah menebus kekalahan pada tahun 2009 apabila keputusan seri 2-2 di Nou Camp membenarkan pasukan Sepanyol itu untuk mara dengan agregat 3-2 apabila berjaya kekal daripada serangan bertubi-tubi Barcelona serta peluang penalti yang disia-siakan Lionel Messi dan didorong jaringan Fernando Torres yang telah disertakan sebagai pemain gantian.

Malangnya Chelsea tidak dapat sertakan Terry kerana dibuang padang serta Ramires, Branislav Ivanovich dan Raul Meireles akibat kad kuning mereka.

Tetapi mereka hanya akan fikirkan keadaan mereka setelah puas meraikan kemenangan yang terbaik dalam sejarah kelab itu, dan sesuatu yang mungkin mendorong Roman Abramovich untuk menjadikan Roberto Di Matteo pengurus untuk jangka masa yang panjang.

Chelsea telah menghadapi cabaran dari minit keenam apabila Gary Cahill terpaksa keluar akibat kecederaan kepada ototnya dengan Jose Bosingwa menggantikannya dan Ivanovic gerak ke bahagian tengah.

Barcelona juga menghadapi nasib yang sama setelah Gerard Pique terpaksa digantikan pada minit ke 26 setelah gagal pulih daripada pertembungan dengan Victor Valdes.

Messi dan Fabregas mempunyai peluang yang baik dengan Didier Drogba mengambil satu-satunya peluang untuk pasukan tuan rumah.

Insiden Terry ke atas Sanchez kemudian memaksa pengadil Cuneyt Cakir untuk membuangnya dari padang dan Cech telah menangani keadaan sebelum gagal menyelamatkan percubaan MEssi dan Iniesta.
Frank Lampard pula mereka peluang baik untuk Ramires yang telah memberi tendangan cip yang amat cantik ke atas Valdes.

Barcelona pula mendapat peluang penalti apabila Drogba mengasari Fabregas tetapi percubaannya terkena tiang gol danpada saat akhir, hantaran jauh diterima Torres yang telah menggelecek bola sebelum mengatasi Valdes dan menjaringkan gol yang amat bermakna.

Sumber : espnstar.my 

Saksikan video highlight Barcelona vs Chelsea ( 2-2 )

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POSTS

POPULAR POSTS

Ping your blog, website, or RSS feed for Free