Chelsea muncul juara Piala FA selepas tewaskan Liverpool 2-1


Chelsea muncul juara Piala FA selepas menewaskan Liverpool 2-1 pada aksi final di Stadium Wembley, awal pagi tadi.

Namun Chelsea harus berterima kasih kepada penjaga golnya, Petr Cech yang menyelamatkan percubaan lewat Andy Carroll daripada menghasilkan gol penyamaan Liverpool.

Jaringan Ramires pada minit ke-11 dan Didier Drogba minit ke-52 meletakkan Chelsea selesa mendahului 2-0 sebelum Carroll berjaya merapatkan kedudukan minit ke-64.

Namun ‘jaringan penyamaan’ Carroll pada minit ke-81 tidak disahkan pengadil kerana Cech pantas berjaya mengeluarkan bola ketika ia hampir melepasi sepenuhnya garisan gol.

Satu lagi piala menjadi buruan Chelsea selepas ini iaitu Liga Juara-juara yang akan berlangsung di  Stadium Allianz Arena antara Bayern Munich vs Chelsea 19 Mei 2012 ini hari Sabtu.

Tahniah untuk Chelsea...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POSTS

POPULAR POSTS

Ping your blog, website, or RSS feed for Free