Chelsea muncul juara Liga Juara-Juara Eropah (video)


KELAB Liga Perdana Inggeris, Chelsea muncul juara Liga Juara-Juara Eropah 2011/12 selepas menewaskan kelab Jerman, Bayern Munich 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti di Allianz Arena, awal pagi tadi.

Jaringan Thomas Muller menerusi tandukan pada minit ke-82 tampak meletakkan Bayern di kedudukan terbaik untuk bergelar juara buat kali kelima pada aksi final di laman sendiri itu.

Namun Didier Drogba mengheret perlawanan ke masa tambahan apabila berjaya menyamakan kedudukan buat Chelsea, dua minit sebelum aksi 90 minit berakhir untuk kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Pada masa tambahan, Bayern sekali lagi berpeluang berada di hadapan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-95, namun sepakan diambil Arjen Robben berjaya pula diselamatkan penjaga gol Chelsea, Petr Cech.

Kedudukan 1-1 terus kekal sehingga tamat 120 minit permainan bagi mengheret ke penentuan sepakan penalti.

Tiga sepakan awal Bayern yang disempurnakan Philipp Lahm, Mario Gomez dan Manuel Neuer gagal diteruskan Ivica Olic dan Bastian Schweinsteiger apabila sepakan mereka berjaya dinafikan Cech.

Sebaliknya Chelsea yang gagal pada sepakan pertama menerusi Juan Mata, berjaya menyempurnakan baki empat sepakan selepas itu yang diambil David Luiz, Frank Lampard, Ashley Cole dan Drogba.

Ini merupakan kali pertama Chelsea berjaya menjuarai Liga Juara-Juara Eropah selepas mereka gagal pada 2008 apabila tewas kepada Manchester United di pentas final.

Sumber : mynewhub.my


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POSTS

POPULAR POSTS

Ping your blog, website, or RSS feed for Free