Real Madrid menang liga, Messi pecah rekod


Real Madrid meraih kejuaraan pertama liga Sepanyol dalam tempoh empat tahun bagi menamatkan penguasaan musuh tradisi, Barcelona apabila menewaskan Athletic Bilbao 3-0, awal pagi semalam sekali gus merangkul gelaran liga ke-32.

Gonzalo Higuain, Mesut Ozil dan Cristiano Ronaldo menjaringkan gol untuk membolehkan Jose Mourinho memecahkan rekod apabila meraih empat gelaran di empat negara dan kemenangan itu diperlukan ketika berbaki dua perlawanan.

Kejuaraan pertama liga Sepanyol yang diraih Mourinho pada musim keduanya berjaya menamatkan kejayaan tiga musim berturut-turut milik Barca.

Madrid memerlukan kemenangan selepas Barcelona terlebih dulu membelasah Malaga 4-1 menerusi jaringan Carles Puyol dan jaringan hatrik Lionel Messi yang menyaksikan pemain itu memecahkan rekod jaringan Gerd Muller dalam satu musim di Eropah.

Penyerang Barcelona, Lionel Messi mencapai satu lagi tahap yang menakjubkan dalam kariernya apabila memecahkan rekod berusia 39 tahun milik Gerd Muller yang meledak 67 gol dalam satu musim pada pertandingan utama kelab Eropah.

Selepas perlawanan, pemain meraikan kejayaan itu di gelanggang San Mames sebagai pasukan pelawat pertama memenangi gelaran di Stadium Athletic.

Mourinho sekali lagi enggan berdepan dengan media Sepanyol selepas perlawanan namun membuat kenyataan kepada Real Madrid TV.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RECENT POSTS

POPULAR POSTS

Ping your blog, website, or RSS feed for Free