Chelsea telah menunjukkan prestasi antara yang  terbaik dalam kemenangan ke atas pasukan yang termasyur Eropah dengan  agregat 3-2.
Pada malam yang penuh dengan drama malam itu di Nou  Camp, John Terry hampir-hampir memusnahkan harapan pasukan Blues apabila  dibuang padang setelah mengasari Alexis Sanchez dari belakang.
Walaubagaimanapun  10 pemain yang tinggal itu telah berjuang dengan baik daripada jaringan  Sergio Busquets dan Andres Iniesta setelah tendangan cip dari Ramires  sebelum masa rehat.
Chelsea telah menebus  kekalahan pada tahun 2009 apabila keputusan seri 2-2 di Nou Camp  membenarkan pasukan Sepanyol itu untuk mara dengan agregat 3-2 apabila  berjaya kekal daripada serangan bertubi-tubi Barcelona serta peluang  penalti yang disia-siakan Lionel Messi dan didorong jaringan Fernando  Torres yang telah disertakan sebagai pemain gantian.
Malangnya  Chelsea tidak dapat sertakan Terry kerana dibuang padang serta Ramires,  Branislav Ivanovich dan Raul Meireles akibat kad kuning mereka.
Tetapi  mereka hanya akan fikirkan keadaan mereka setelah puas meraikan  kemenangan yang terbaik dalam sejarah kelab itu, dan sesuatu yang  mungkin mendorong Roman Abramovich untuk menjadikan Roberto Di Matteo  pengurus untuk jangka masa yang panjang.
Chelsea  telah menghadapi cabaran dari minit keenam apabila Gary Cahill terpaksa  keluar akibat kecederaan kepada ototnya dengan Jose Bosingwa  menggantikannya dan Ivanovic gerak ke bahagian tengah.
Barcelona  juga menghadapi nasib yang sama setelah Gerard Pique terpaksa  digantikan pada minit ke 26 setelah gagal pulih daripada pertembungan  dengan Victor Valdes.
Messi dan Fabregas mempunyai peluang yang baik dengan Didier Drogba mengambil satu-satunya peluang untuk pasukan tuan rumah.
Insiden  Terry ke atas Sanchez kemudian memaksa pengadil Cuneyt Cakir untuk  membuangnya dari padang dan Cech telah menangani keadaan sebelum gagal  menyelamatkan percubaan MEssi dan Iniesta.
Frank Lampard pula mereka peluang baik untuk Ramires yang telah memberi tendangan cip yang amat cantik ke atas Valdes.
Barcelona  pula mendapat peluang penalti apabila Drogba mengasari Fabregas tetapi  percubaannya terkena tiang gol danpada saat akhir, hantaran jauh  diterima Torres yang telah menggelecek bola sebelum mengatasi Valdes dan  menjaringkan gol yang amat bermakna.
Sumber : 
espnstar.my 
Saksikan video highlight Barcelona vs Chelsea ( 2-2 )